SF BEAUTY
Sf BeautySinar KejelitaanAdalah merupakan koleksi kecantikan dari penemuan sumber semulajadi untuk rawatan wajah yang ringkas. Sf Beauty telah terbukti berkesan merawat pelbagai masalah kulit wajah wanita dan lelaki (sila lihat - Testimoni Sf Beauty).
Sf Beauty terdiri daripada 3 produk asas iaitu:
1) Sf Sabun: (NO KKM - NOT 110600593 K) yang difomulasikan daripada campuran ekstrak buah-buahan (Vitamin E / Vitamin C) dan Madu Lebah. Sf Sabun adalah antioksidan dan ia membantu meningkatkan metabolisme kulit, merencat proses penuaan, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit. Sf Sabun juga mampu mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi agar segar, licin dan bersih.
2) Sf Krim Malam: (NO KKM - NOT 110600595 K) telah diperkaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan pergunungan serta zat tambahan dari sarang burung walit. Ia dirumus untuk menghilangkan jeragat, jerawat serta bekas jerawat, mengecilkan pori-pori kulit dan menjadikan kulit lebih halus, anjal, cerah dan bersih. Sf Krim Malam mampu menyubur dan merangsang sel kulit agar lebih remaja.
3) Sf Krim Siang: (NO KKM - NOT 110600594 K) mengandungi kunyit, temulawak (kaya dengan antioksidan) serta bahan semulajadi yang dirumus sebagai pelindung UV. Sf Krim Siang dapat mengubati jerawat dan merawat bintik-bintik hitam pada kulit ("Blackheads"), mengatasi masalah kulit kering dan kusam dengan menyihat serta melembapkan kulit.
Panduan Penggunaan Sf Beauty
- cuci muka dengan Sf Sabun dua kali sehari
- gunakan Sf Krim Malam pada malam hari
- gunakan Sf Krim Siang pada siang hari (sebagai pelindung UV)
(Sapuan kedua-dua krim adalah nipis sahaja. Jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim)
Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan Sf Krim Malam tetapi teruskan dengan Sf Krim Siang dan Sf Sabun. Selepas 2 atau 3 hari gunakan semula Sf Krim Malam.
Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan HALUS di bahagian yang bermasalah.
Kulit akan mendapat kelembapan semulajadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. Sf Krim Malam boleh dikurangkan penggunaannya selepas hasil yang diharapkan diperolehi (seminggu 2 atau 3 kali sahaja).
No comments:
Post a Comment